Sunday, May 16, 2010

P212 : Sibu Masih Bermimpi BN?

Masih mahu Barisan Nasional dibuai mimpi?

Hakikatnya masyarakat Cina lebih cenderung kepada DAP dan sekutunya di dalam Pakatan Rakyat. Bagi mereka menyokong Barisan Nasional bererti menyokong Melayu.

Mengapa harus terkejut dengan keputusan Sibu seolah-olah ini hanya fenomena Semenanjung. PRU12 lalu Chong Chieng Jen (DAP) menang dengan majoriti 9,952 undi ke atas Sim Yaw Yen (BN) di P195 Bandar Kuching.

Di P172 Kota Kinabalu pula Hiew King Cheu (DAP) meraih 9,464 undi bagi menewaskan Liew Chin Jin (PKR) dengan majoriti 106 undi. Calon BN Chin Tek Meng hanya mampu meraih 8,420 undi sahaja. Ini bererti dengan 341 undi bagi calon bebas Kong Yu Kiong, BN tercicir 10,743 undi di dalam kawasan majoriti Cina di Sabah.

Masyarakat Cina tidak akan sama sekali menyokong calun Melayu atau proksinya melainkan calon itu menentang Melayu Barisan Nasional.

Barisan Nasional perlu pendekatan baru jika masih percaya terhadap perjuangan mereka. Adakah pemimpin Barisan Nasional hari ini mahukan perubahan? Mampukah anak kepada pengasas parti tersebut melakukannya?

Monday, May 10, 2010

Padang Mokhtar Dahari Stadium Merdeka

Percayalah kerana sukan futsal bolasepak Malaysia akan semakin ke belakang.

Futsal popular kerana ia mudah bagi sekumpulan rakan-rakan menubuhkan pasukan untuk bermain. Tak perlu bagi mereka untuk fikirkan soal pembangunan dan pengurusan pasukan.

Begitu juga bagi penganjur, futsal jauh lebih mudah daripada menganjurkan pertandingan bolasepak.

Futsal adalah futsal. Ia bukanlah landasan yang betul untuk pembangunan sukan bolasepak.

Mengabadikan nama Mokhtar Dahari dengan futsal adalah pengkhianatan bagi pengorbanan beliau dan ramai yang lain dalam bolasepak negara.

Lebih sesuai jika padang di Stadium Merdeka dinamakan Padang Mokhtar Dahari

Perintah Membaca Al Qur'an dan Mendirikan Salat

Firman ALLAH :

اتْلُ مَا أُوحِيَ إِلَيْكَ مِنَ الْكِتَابِ وَأَقِمِ الصَّلاةَ إِنَّ الصَّلاةَ تَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَلَذِكْرُ اللَّهِ أَكْبَرُ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ

Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, yaitu Al Kitab (Al Qur'an) dan dirikanlah salat. Sesungguhnya salat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingat Allah (salat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadah-ibadah yang lain). Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.( Al Ankabuut (29) : 45)


Karpal Singh dan Mohd Saiful di hari ke 8 perbicaraan :

Pada pemeriksaan balas itu juga, Karpal meminta penjelasan Mohd Saiful sama ada beliau merupakan seorang Islam yang baik, dan Mohd Saiful berkata beliau cuba untuk menjadi seorang Islam yang baik.

Mohd Saiful berkata semasa bekerja dengan Anwar, beliau jarang bersembahyang tetapi mulai insaf selepas membuat laporan polis berhubung kejadian liwat itu.

Katanya beliau tidak sembahyang selepas kejadian liwat.

Karpal: Kenapa anda tidak sembahyang hari itu (26 Jun 2008)?
Mohd Saiful: Mungkin kerana saya telah diliwat.
Karpal: Ada sembahyang pada 27 Jun?
Mohd Saiful: Ada sembahyang Jumaat.
Karpal: Ada mandi sebelum sembahyang?
Mohd Saiful : Ada mandi sedikit saja tapi tidak cuci habis.
Karpal: Bila sembahyang, mesti cuci betul-betul? Betul mandi junub diwajibkan?
Mohd Saiful :Ya.
Karpal: Jadi sembahyang anda pada 27 Jun 2008, adalah tidak sah?
Mohd Saiful: Ya.
Karpal: Jadi anda bukan seorang Islam yang baik.


Karpal Singh setahun lalu :

“Anwar Ibrahim mesti bertaubat!”

Wednesday, April 28, 2010

Salah Siapa BN Hilang Undi Cina

Kita tidak seharusnya terkejut dengan kemerosotan undi Cina untuk BN di P94 Hulu Selangor.

Sungguh pun ada yang mengatakan kemerosotan ini kerana orang Cina mahu mengukuhkan kuasa DAP di Selangor namun apa yang berlaku sebenarnya lanjutan kepada pola pemilihan kaum tersebut bagi PRU12 lalu.

Secara umumnya pengundi Cina di Semenanjung bagai bersepakat tidak akan memberikan kuasa kepada Melayu dengan mengambil pendirian usah undi BN melainkan calon BN tersebut merupakan calon Cina yang berdepan dengan calon bukan Cina.

Inilah sebabnya mengapa di DUN Kuala Kubu Bharu kita lihat calon BN dari MCA Berjaya menewaskan calon DAP berbangsa India dalam PRU12 lalu tetapi di dalam PRK P94 pula undi Cina bagi BN jatuh mendadak berkeputusan calon BN berbangsa India perolehi undi yang kurang berbanding calon PKR berbangsa Melayu.

Pola ini amat ketara apabila 2 calon Melayu DAP gagal mendapat sokongan Cina setelah tewas kepada calon-calon Cina BN. Di P80 Raub Abu Bakar Bin Lebai Sudin (DAP) dikalahkan Oei Yang Yang @ Ng Yen Yen (BN) sementara di P165 Tanjung Piai pula Ahmad Bin Ton (DAP) tewas kepada Wee Jeck Seng (BN). Ahmad Bin Ton juga bertanding di N55 Pekan Nenas menentang Tang Nai Soon (BN).

Di samping 4 keputusan di atas, 8 lagi kemenangan calon Cina BN di peringkat Parlimen di Semenanjung adalah ke atas calon bukan Cina seperti berikut :

P54 Gerik Tan Lian Hoe (BN) menewaskan Mohd Noor Abdul Rahman (PAS)

P74 Lumut Kong Cho Ha (BN) tewaskan Suwardi bin Sapuan (PKR)

P77 Tanjung Malim (BN) Ong Ka Chuan tewaskan Mohd Azman Marjohan (PKR)

P89 Bentong Liow Tiong Lai (BN) menewaskan Ponusamy AL Govindasamy (PKR)

P100 Pandan Ong Tee Keat (BN) tewaskan Syed Shahir (PKR)

P148 Ayer Hitam Wee Ka Siong (BN) tewaskan Husin Bin Sujak (PAS)

P151 Liang Teck Meng (BN) tewaskan Atan Bin Gombang (PAS)

P158 Tebrau Ling Ban San (BN) tewaskan Roslani Sharif (PAS)

P162 Gelang Patah Tan Ah Eng (BN) tewaskan Zaliha Binti Mustafa (PKR)

Hanya empat kerusi parlimen sahaja menyaksikan calon Cina (BN) tewas kepada Bukan Cina.

P52 Bayan Baru Ooi Siew Kim (BN) tewas kpd Zahrain Mohd Hashim (PKR)

P83 Kuantan Fu Ah Kiow (BN) kalah kpd Fuziah Binti Salleh (PKR)

P124 Bandar Tun Razak Tan Chai Ho (BN) tewas kpd Abd Khalid Bin Ibrahim (PKR)

P128 Seremban Yu Chok Tow (BN) kalah kpd John A/L Fernandez (DAP)

Namun keputusan PRU12 di dua buah DUN di dalam Parlimen P100 Pandan di mana calon BN berbangsa Cina menang mengukuhkan lagi telahan terhadap pola undi Cina ini bila kedua-dua calon BN tewas kepada lawan.

Di N21 Cempaka Nosimah Binti Hashim (BN) tewas kepada Iskandar Bin Abdul Samad (PAS) sementara di N22 Teratai Lee Ying Ha (DAP) menang ke atas Lum Weng Keong (BN)

Kita tidak terkejut jika pola ini hasil daripada permainan sentimen perkauman anti Melayu DAP sepertimana slogan mereka ketika PRU12 “Setiap Undi Bagi MCA adalah Undi Bagi UMNO”.

Pasti ini juga mendorong pengundi Cina untuk tidak mengundi calon Cina BN bila lawannya juga Cina. Kalau tidak macamana lagi boleh kita terangkan keputusan P104 Kelana Jaya di mana Lee Hwa Beng (BN) tewas kepada Gwo Burne Loh (PKR).

Ramai khususnya penyokong PR mendabik dada mengatakan keputusan PRU12 menampakan pengundi kini sudah matang boleh mengundi melampaui batasan ras dan mengutamakan mutu calon.

Namun melihat bagaimana susah bagi calon Cina BN untuk kalah kepada lawan bukan Cina khususnya Melayu kita tidak dapat lari daripada merasakan yang PRU12 merupakan yang paling rasis khususnya sentimen anti Melayu.